Solat Maghrib

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Solat Maghrib (Bahasa Arab: صلاة مَغْرِب‎) merupakan salah satu solat fardu. Solat ini terdiri daripada 3 rakaat. Solat Maghrib ialah solat harian ke-4 dalam Islam dan ia dilakukan ketika senja. Waktu solat Maghrib bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat.Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi "matahari senja"; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), "terbenam"; "akan disembunyikan" (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam).